in ,

Penjual Pencuci Mulut Dari Korea Ini Fasih Berbahasa Melayu, Melawak “Malu Apa Bossku”

Video ini tular di laman Facebook selepas seorang pelancong dari Malaysia melancong ke Korea Selatan dan merakam telatah seorang penjual manisan di jalanan, dan dia fasih berbahasa Melayu.

Dia bercerita sambil membuat Kkul-tarae, iaitu manisan yang merupakan adunan antara tepung jagung dan madu sebelum diuli menjadi seperti mihun, dengan 16,000 helai untuk setiap satu hidangan.

Antara yang menarik ialah dia melawak tentang slogan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – “malu apa bossku”, serta melawak tentang “rambut Rosmah”.

Kkul-tarae, merupakan manisan yang popular di Korea, yang menjadi hidangan untuk para raja di zaman tamadun Goryeo pada kurun ke-14. Ia kemudiannya menjadi makanan manisan untuk orang Korea yang digemari kerana bukan sahaja ia manis dan sedap, tetapi ia menyihatkan kerana menggunakan madu asli untuk mengadunnya.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Who Is Fast Food For?

Kenali Ulam: Petai