in

Bila Masakan Kari Mula Dicipta?

Masakan kari semakin pedas apabila cili tiba di Goa pada tahun 1510 dari kapal-kapal Portugis

Kari memang sedap di makan baik dengan nasi, dicicah dengan roti, mahupun dimakan bersama lempeng atau roti canai. Keenakan kari diakui oleh seluruh dunia, dan merupakan antara makanan yang popular di seluruh dunia.

Kari seperti kita tahu, berasal dari India. Kewujudan masakan kari ini sudah dikaji oleh para arkeologi dari seawal zaman Mohenjo-Daro pada 2,600 tahun sebelum Masehi lagi.

Bahkan terdapat resipi membuat kari dalam buku resipi lama pada zaman Rom di Eropah.

Pun begitu, versi kari yang kita makan hari ini ialah pada kurun ke-16 apabila kerajaan Mughal ditubuhkan pada abad tersebut.

Masakan kari semakin pedas apabila cili, yang berasal dari benua Amerika, tiba di Goa pada tahun 1510 dari kapal-kapal dagang Portugis yang mendarat di sana menerusi Columbian Exchange.

Pada kurun ke-17, orang-orang Inggeris meletakkan kari dalam buku resipi mereka dengan mencampurkannya dengan susu.

(Baca juga: Asal usul cili)

Ada pelbagai jenis kari, iaitu kering atau yang basah. Di sebelah India Utara, mereka mencampurkan kari dengan yogurt untuk menambahkan keenakan kari tersebut.

Di sebelah kepulauan Melayu, orang Melayu mencampurkan kuah kari dengan santan kelapa untuk menambahkan rasa lemak pada kari itu.

Cara Nyonya pula dengan menambahkan beberapa rempah lain seperti buah keras, serai, buah keluak dan ditambah dengan kerisik untuk dijadikan kari kapitan.

Walau bagaimana cara anda menyediakan kari atau menikmati kari, ia merupakan makanan yang digemari oleh semua tidak mengira kaum atau kedudukan geografi.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

“Ambuyat Sebenarnya Sedap! Cuma Si Instafamous Tu Je Tak Reti Makan.”

Mesin Menggoreng Nasi Goreng Yang Tular Di Internet Jadi Perhatian Netizen