in

Top 5 Sate Terbaik Di Kajang

Kajang sudah terkenal dengan satenya sekian lama. Pembukaan bandar ini pada tahun 1807 dan kehadiran imigran dari Sumatera dan Jawa ke sini, selepas Perang Kelang pada tahun 1874, menjadikan juadah sate popular di sini.

Berikut adalah 5 tempat makan sate yang terbaik di Kajang.

5. SATE EMAS KAJANG

Dahulunya warung sate ini terletak di Jalan Kelab, namun pada tahun 2012 apabila pembinaan Stesen MRT Stadium Kajang berlaku, warung ini kemudian berpindah ke Kampung Sungai Kantan, kira-kira 1 km dari tapak lama.

Apa yang terbaiknya Sate Emas Kajang ini ialah ia mempunyai pelbagai jenis sate yang tempat biasa takkan jumpa.

4. SATE MENARA

Pernah viral sekitar tahun 2014 dulu, warung ini terletak di Jalan Reko. Dagingnya yang lembut serta kuah kacangnya yang halus sungguh menyelerakan.

3. YUS SATAY KAJANG

Terletak di Sungai Ramal, restoran ini sudah berada di sini sejak tahun 1980an lagi. Jika anda mahu makan bersama keluarga, maka inilah tempat paling sesuai untuk menikmati sate.

2. IZAN SATE, SUNGAI KANTAN

Dahulunya dikenali sebagai Sate King, sebelum sebuah syarikat di Ampang mempatenkan nama tersebut, Izan Sate adalah sate yang popular dari kalangan penduduk di Sungai Kantan. Satay yang dibakar empuk dengan arang di samping kuah kacangnya yang diletakkan sambal di atasnya, menambah kepuasan orang yang memakannya.

1.Β  WILLY SATAY

Willy Satay merupakan warung satay yang paling popular di Kajang. Jika anda tanya orang Kajang, Willy Satay adalah pilihan utama mereka jika mereka mahu makan satay. Terletak di Sungai Ramal, warung ini dalam Ramal Food Junction, yang merupakan medan selera yang popular di Sungai Ramal ini. Lepas makan satay Kajang, balas pula dengan ais batu campur di kedai bersebelahan. Terbaik!

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Food Franchises You Didn’t Know Were Malaysian

Kenali Ulam: Buah Putat