in

Kenali Ulam: Buah Putat

Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.

Pokok putat berasal dari India, Sri Lanka, Pulau Andaman, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Malaysia.

Buah putat ini sering dijadikan ulam-ulaman atau dimakan bersama sambal tempoyak, dan ia popular terutamanya di negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung.

Ia sejenis pokok yang tidak bermusim iaitu berbunga dan berbuah sepanjang tahun.

Pokoknya sederhana besar dengan ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok bercabang, mempunyai dahan yang banyak, rendah dan membentuk seperti mahkota besar.

Kulit pokok berwarna merah keabu-abuan, halus hingga kasar dan tebal pada pokok yang tua.

Buahnya besar berwarna hijau tua, 7 hingga 11 sentimeter lebar, bersegi, berkulit tebal dan berserat.

Buah diseliputi biji berukuran diameter 4 hingga 5cm.

Di bawah pokok terdapat sisa buah yang gugur. Buahnya mudah terapung di air dan disebarkan arus serta ombak laut.

Pucuk putat dijadikan ulam sementara buah yang segar atau bijinya ditumbuk lumat dan digunakan untuk menuba ikan.

KHASIAT

Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita.

Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.

Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah.

Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Sate Terbaik Di Kajang

Fruit Infused Water Might Be The New Trend