in

Nak Makan Nasi Campur Melayu? Ingat Sambal Hijau!

Sekarang ini memang susah nak cari tempat makan nasi campur Melayu yang betul-betul sedap kerana selain kos untuk operasi nasi campur yang tinggi (ye lah, sebab ada saja lauk yang tak habis yang akan terbuang lalu merugikan perniagaan), dan membuatkan ramai orang mula berniaga makanan yang jenis pesan-dan-masak (macam kedai tomyam).

Namun, jika anda masih mahukan makan nasi bersama lauk pauk yang panas serta menyelerakan, dan jika anda tinggal berhampiran dengan TTDI atau Damansara, maka sudah pastinya Sambal Hijau menjadi tumpuan anda.

Terletak di Sungai Penchala, Sambal Hijau menghidangkan pelbagai makanan tempatan Melayu seperti ikan bakar, gulai, sayur masak tumis serta pelbagai jenis ulam-ulaman yang boleh menambahkan selera anda.

Namun yang menjadi tumpuannya ialah pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal cencalok, sambal kicap dan yang paling popular ialah sambal hijau, yang nama restoran ini diberi nama.

Terdapat 80 jenis masakan Melayu yang anda boleh pilih. Ha, tak rambang mata ke tengok lauk banyak macam tu?

Untuk ke sana, bolehlah ke:

Restoran Sambal Hijau,
Lot 2990, Kampung Sungai Penchala,
(Sebelah Masjid Kuning),
Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur

Tel: 03-7731 2045

Website:Β http://sambalhijau.my/

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Sarapan: Telur Rebus Asas

Resipi Penyegar Waktu Cuaca Panas: Es Teler Dari Indonesia