in

Resipi Penyegar Waktu Cuaca Panas: Es Teler Dari Indonesia

Panas cuaca sekarang ni, terutamanya bila pemanasan global dah semakin ketara kehangatannya. Dan masa ni kita teringin nak minum minuman yang menghilangkan dahaga.

Es teler berasal dari Indonesia, dan sememangnya juadah ini menyedarkan. Jadi ini adalah resipi bagaimana untuk membuat es teler yang enak di cuaca panas sekarang ni.

Bahan-bahan:

Bahan:
4 biji buah avokado, dikeluarkan isinya
200 gram nangka, dipotong kotak
3 buah kelapa muda, dikeluarkan isinya
175 ml susu sejat
700 gram ais hancur

Bahan Sirap Gula:
250 gram gula pasir
250 ml air
1 lembar daun pandan

Bahan Sos Santan:
500 ml santan dari 1/2 butir kelapa
1/4 sendok teh garam
1 lembar daun pandan

 

1.Β  Masak santan dan garam bersama daun pandan sambil diaduk hingga mendidih. Dinginkan.

2. Masukkan gula pasir, air, dan daun pandan dalam periuk yang berasingan. Masak sampai gula larut. Dinginkan.

3. Susun buah-buahan seperti avokado, nangka, dan kelapa muda. Tambahkan santan dan air gula. Sajikan bersama ais hancur dan susu sejat.

Kalau nak cuba dengan buah-buahan lain seperti buah kiwi, mangga, strawberi atau buah-buahan lain pun menarik juga. Nak letak sagu, jagung atau lengkong pun enak juga. Selamat mencuba!

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Makan Nasi Campur Melayu? Ingat Sambal Hijau!

Resipi Sihat: Salad Buah Yang Enak!