in

Snek Untuk Anak Yang Lazat, Nugget Ayam Tempura

Anak-anak memang suka makan snek, dan adakalanya snek yang dibeli tu mempunyai bahan kimia atau pemprosesan yang mungkin membahayakan kesihatan anak anda. Atau jika anda tidak mampu untuk membeli snek tersebut, anda boleh cuba buat sendiri.

Kali ini ialah resipi snek yang digemari ramai orang, nugget ayam tempura.

Bahan-bahan:

700 gm dada ayam, dipotong kecil
2 biji telur

5 ulas bawang putih
2 biji bawang dipotong sederhana kecil
Serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung ubi kayu
Garam
Tepung goreng serbaguna
Sedikit mentega

Cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan (kecuali mentega dan tepung serbaguna) sehingga hancur.

2. Sediakan satu loyang untuk bentukkan nugget tersebut menjadi rupa seperti ‘kek’. Sapukan mentega ke loyang tersebut sebelum tuangkan bahan tadi ke dalam loyang.

3. Potong bentuk nugget, kemudian sadurkan dengan tepung serbaguna.

4. Goreng sehingga masak.

Boleh cuba resipi mudah ini di rumah disamping dapat menjimatkan belanja untuk membeli snek untuk anak-anak.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sempena Hari Penkek Sedunia, Anda Boleh Cuba Penkek Kopi Ini!

Mentos Kini Dengan Perisa Karamel! Mahu Cuba?