in

Resipi Cucur Udang Yang Rangup!

Cucur, atau cekodok, atau jemput-jemput – adalah makanan minum petang yang digemari ramai orang kerana ianya mudah disediakan. Selain mudah, ianya versatil kerana boleh diadun dengan pelbagai jenis inti. Pisang, ikan bilis, kentang, jagung, cheese, udang – semuanya boleh.

Hari ini kita berkongsi resipi cucur udang.

Bahan bahan:
250 gram tepung gandum
300 ml air

5 ekor udang besar – buang kulit dan potong kecil-kecil
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah/hijau
1/2 batang lobak merah
Sedikit daun sup/daun bawang
Secubit serbuk kunyit – jika suka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Secubit soda bikarbonat – jika suka

Cara cara:
1. Masukkan soda, garam dan gula serta serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Kacau rata.

2. Masukkan bawang, cili merah, daun sup dan lobak merah. Gaul rata.

3. Tuang air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Jika terlebih air, boleh tambah tepung gandum.

4. Masukkan udang dan dikacau rata.

5. Panaskan minyak yang agak banyak dan panas, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Pastikan udang ada dalam setiap bancuhan semasa disudukan ke dalam kuali.

6. Goreng hingga masak kekuningan. Angkat, tos dan kemudian sedia untuk dimakan.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mentos Kini Dengan Perisa Karamel! Mahu Cuba?

Event Hujung Minggu Ini: 9-10 Mac 2018