in

Asal Usul Sate

Dikatakan sate ini mula menjadi makanan masyarakat Jawa kerana ramai pedagang dari India, terutamanya dari Gujerat dan Tamil Nadu datang berdagang untuk mencari rempah ratus di kepulauan Maluku dan Jawa.

Sate tidak asing lagi dalam juadah makanan tradisi kita. Tidak mengira bangsa atau agama, sate seringkali menjadi pilihan untuk juadah sama ada pada musim perayaan atau hari kebiasaan.

Sate sering dihidangkan bersama kuah kacang, ketupat, bawang dan timun, atau jika anda di Indonesia, ia akan dihidangkan bersama kuah kicap manis.

Di Padang, Sumatera Barat pula, satay dihidangkan bersama bersama kuah kuning yang diperbuat daripada tepung beras, kunyit, bawang putih, jintan manis, dan pelbagai jenis rempah.

Masyarakat Jawa menjual sate di tepi jalan pada tahun 1870.

Sate berasal dari bahasa Tamil iaitu satai, dan ia dikatakan berasal dari Ponorogo. Dikatakan sate ini mula menjadi makanan masyarakat Jawa kerana ramai pedagang dari India, terutamanya dari Gujerat dan Tamil Nadu datang berdagang untuk mencari rempah ratus di kepulauan Maluku dan Jawa.

Sate ini kemudiannya berkembang menjadi makanan yang popular di kepulauan Jawa dan Indonesia secara keseluruhannya.

Sate tiba di Tanah Melayu melalui penghijrahan orang-orang Minang, Jawa dan Mendailing ke Kajang selepas tamat Perang Kelang, perang saudara di Selangor yang berlangsung dari 1867-1874.

Ketika itu mereka ke sini sebagai buruh untuk membina semula pekan-pekan di Selangor yang musnah akibat perang, serta ada dari kalangan mereka membawa resipi sate dan mula berniaga di Kajang.

Hari ini sate dijual di mana-mana di seluruh negara. Di Muar, sate yang popular ialah Sate Renney, di Kuantan pula Sate Zul. Sate kini menjadi sebahagian dari resipi warisan kita.

 

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Event Hujung Minggu Ini: 9-10 Mac 2018

Nak hilangkan rasa dahaga? Sirap Bandung Johor pasti melegakan!