in

Resipi Granola Bar Yang Mudah Dan Menjimatkan!

Selalunya kalau kita ini seorang yang aktif bersukan, atau seorang yang sukakan makanan yang sihat, granola bar sering menjadi pilihan untuk snek sama ada ketika sedang bekerja atau sedang berehat. Tapi granola bar ni kalau kita hari-hari beli boleh jadi mahal juga.

Apa kata kita boleh cuba buat granola bar sendiri, kerana ia bukan sahaja menyihatkan dan lebih jimat, bahkan kita boleh jual juga granola bar kita pada orang lain, betul tak?

Bahan-bahan:

2 cawan oat
1 cawan kacang badam – dihiris kasar


1/2 cawan kismis
1/4 cawan buah tin kering (dried figs)
1/4 cawan aprikot kering
1/8 cawan gula perang
1/4 cawan madu
1/4 cawan minyak sayuran
sedikit esen vanila
1/4 sudu besar serbuk kayu manis
sedikit garam

Boleh juga cuba buah-buahan kering yang lain mengikut selera anda.

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar 150 darjah Celcius.
2. Didalam mangkuk besar, satukan oats, kacang, gula perang, serbuk kayu manis dan garam. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, satukan minyak sayuran, esen vanila dan madu. Kacau sebati. Kemudian, masukkan ke dalam oat tadi dan gaul sebati.
4. Gunakan loyang yang besar dan tuangkan campuran oat tadi kedalamnya. Ratakan. Bakar selama 40 minit. Pada setiap 10 minit, bukak pintu oven dan kacau oats kemudian sambung bakar semula sehinggalah tamat. Ini supaya granola dibakar dengan sekata.
5. Bila dah siap, biarkan sejuk seketika. Semasa granola masih suam2, masukkan buah2 kering tadi dan gaul rata. Granola akan mengeras sebaik sahaja ianya sejuk. Boleh disimpan didalam bekas kedap udara.
Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak hilangkan rasa dahaga? Sirap Bandung Johor pasti melegakan!

Teringin Makan Original Recipe KFC? Inilah Resipinya!