in

Teringin Makan Original Recipe KFC? Inilah Resipinya!

Teringin makan ayam goreng KFC tapi teringin membuatnya sendiri? Pada tahun 2013 kecoh apabila resipi rahsia ayam goreng ini mula tersebar di media sosial, tetapi adakah anda pernah mencubanya? Jika belum, anda boleh cubanya sekarang.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung serbaguna
2/3 sudu besar garam


1/2 sudu besar daun thyme kering
1/2 sudu besar daun basil kering
1/3 sudu besar daun oregano kering
1 sudu besar garam celery
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar biji sawi
3 sudu besar paprika (4 jika mahu extra pedas)
2 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar kunyit hidup, ditumbuk lumat
3 sudu besar lada putih
1 cawan buttermilk
1 biji telur
seekor ayam, dibelah lapan
dan minyak masak

(gambar)

Cara membuatnya:

1. Letak semua herba-herba yang disebut tadi bersama tepung serbaguna dalam sebuah mangkuk yang besar pertama.

2. Dalam mangkuk yang kedua, letakkan buttermilk dan telur, kacau hingga sebati.

3. Gaulkan ayam dalam mangkuk yang pertama sehingga rata.

4. Perapkan ayam-ayam tadi ke dalam adunan buttermilk tadi selama 20-30 minit.

5. Selepas perap, lap lebihan buttermilk pada ayam tadi, sebelum menggoreng ayam tersebut dengan minyak masak (kalau pakai deep fryer, atau pakai pressure cooker untuk menggoreng lebih afdal, tapi kalau guna kuali biasa, pastikan minyak yang banyak untuk menggoreng).

6. Goreng dalam masa 15-18 minit sehingga warna keperangan.

7. Selepas habis menggoreng, rehatkan ayam tersebut selama 20 minit sebelum lapkan akses minyak yang berlebihan.

8. Yay, dah boleh makan!

Kesemua herba-herba yang disebut itu boleh dijumpai di pasaraya besar seperti Giant atau Jaya Grocer.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resipi Granola Bar Yang Mudah Dan Menjimatkan!

Kuaci Madu Punyai Banyak Khasiat Tersendiri