in

Asal Usul Aiskrim

Sedapnya kalau dapat makan aiskrim petang-petang yang panas ni? Tapi tahukah anda, aiskrim ini sudah berusia 2,500 tahun yang lalu?

Aiskrim dicipta oleh orang Parsi sekitar 500 Sebelum Masehi, diย Achaemenid Empire, atau kini terletak di Iran.

Pada ketika itu mereka menggunakan air mawar dan herba-herba sebagai perisa, selain kacang pistachio yang dikenali dalam masyarakat Parsi sebagai Faloodeh.

Aiskrim yang kemudiannya menggunakan susu tenusu pula bermula sekitar 200 Sebelum Masehi di China, apabila mereka menemui teknik mengeraskan susu dengan menggunakan ais dari salji yang turun.

Mereka kemudiannya menggunakan garam dan kalium nitrat yang diletakkan dalam balang untuk menyejukkan susu untuk ditukarkan menjadi aiskrim, teknik yang kemudiannya dijumpai oleh Marco Polo sebelum membawanya ke Eropah.

Hari ini, aiskrim dinikmati oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia, dan bangsa. Semua orang makan aiskrim dan juadah yang lazat ini dinikmati dan digemari walau di mana jua berada.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa itu KEIKEU? Kenapa Sedang Viral?

Resipi Pengat Pisang Yang Enak Dan Menyelerakan!