in

Resipi Pengat Pisang Yang Enak Dan Menyelerakan!

Petang-petang sebegini, rindu pula nak makan pengat pisang yang selalu ibu buat. Ini resipinya ya!

Bahan-bahan:

3-4 biji pisang tanduk
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
(ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
1/2 cawan sagu, bersihkan
2-3 keping nisan/gula melaka
1/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asal Usul Aiskrim

Sup Bayam Cara Jawa Ini Sungguh Mudah dan Menyihatkan!