in

Bagaimana Untuk Membuat Onigiri Yang Sedap?

Onigiri ni sering kita makan sama ada di kedai sushi dan kini, di kedai seperti di 7-Eleven pun ada jual. Tapi tahu tak macam mana untuk menghasilkannya?

Ini adalah cara-cara untuk membuat onigiri yang sedap!

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1/2kg beras Jepun
1tin tuna mayo (inti ikut kreativiti boleh ditambah/diganti, contohnya telur ikan, udang, isi ketam, mayo, bijan)
Garam
Nori (seaweed)
Plastic wrap
Cuka jepun

Cara membuatnya:
1. Masak beras jepun seperti beras biasa.
2. Gemburkan nasi bila sudah masak.
3. Ambil plastic wrap dan ukur.
4. Buka dan letak atas tapak tangan, taburkan sedikit garam.
5. Masukkan nasi & leperkan.
6. Letakkan inti tuna mayo.
7. Ambil sedikit nasi, tutupkan atas inti tadi.
8. Bentukkan onigiri (ikut suka). Biasanya berbentuk segitiga.
Untuk membuat bentuk segitiga, letakkn tgn yg sebelah lagi dalam bentuk “A” ke ats tgn yg memegang plastik nasi dan bentukkan.
9. Setelah siap, akhir sekali letakkan nori. (jika tak nak mkn segera jgn letak nori dulu. nnti norinya jd lembap).

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Snek Ikan Ini Disukai Ramai?

Asal Usul Asam Pedas