in

Asal Usul Asam Pedas

Asam pedas merupakan makanan berkuah kegemaran orang Melayu terutamanya di negeri selatan tanah air terutamanya Melaka dan Johor. Ada pelbagai jenis asam pedas, dan ia berbeza mengikut daerah dan negeri.

Contohnya di Melaka, asam pedasnya meletakkan daun limau purut dan kerisik, dan di kebanyakan kawasan di Johor, mereka meletakkan daun kesum dan bunga kantan. Di Kesang, Muar pula, mereka meletakkan daun kesum dan bunga kantan bersama limau purut.

Asam pedas berasal dari Sumatera, terutamanya dari kawasan Barat iaitu tempat kaum Minangkabau berasal. Tetapi walaupun ia berasal dari Minangkabau, masakan ini lebih popular di kawasan seperti Riau, Jambi dan Inderagiri, sebelum ia sampai di Melaka dan Johor sebagai sebahagian daripada empayar Melaka.

Penemuan cili dari Amerika dan apabila Melaka dijajah Portugis pada 1511, menjadikan masakan ini mula dicipta dari zaman ini. Dari segi masakan pula, kebiasaannya mereka menggunakan jenis ikan-ikan seperti kembung, jenahak, pari, siakap dan ikan mayong.

Terdapat juga masak asam pedas yang menggunakan bahagian lemak daging iaitu dipanggil tetel, serta asam pedas yang dimasak dengan ayam, yang dipanggil ‘gerang asam’, yang dicampurkan dengan nenas, iaitu satu lagi bahan makanan yang berasal dari benua Amerika.

Asam pedas sungguh enak dimakan dengan nasi atau roti, bahkan di sesetengah kawasan di Melaka atau Johor terutamanya Muar, kuah roti canai juga mempunyai pilihan kuah asam pedas bagi mereka yang sukakan kuahnya.

Asam pedas Melaka lebih pekat kerana mereka meletakkan kerisik, manakala di Johor lebih cair. Bagaimanapun, tepuk dada tanya selera, kerana asam pedas rasanya begitu enak walau bagaimana cara memasaknya. Ia masakan yang mudah dan antara resipi masakan Melayu paling mudah untuk disediakan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bagaimana Untuk Membuat Onigiri Yang Sedap?

Air Mata Pengantin, Minuman Penyegar Dari Riau!