in

Air Mata Pengantin, Minuman Penyegar Dari Riau!

Apabila pertama kali ke Riau satu masa dahulu, saya menikmati sejenis minuman yang menyegarkan yang amat menarik perhatian. Warna-warni serta rasanya yang manis, menyebabkan saya tertarik untuk mencarinya bila di Malaysia.

Tapi ada resipinya, jadi bolehlah buat sendiri di rumah!

Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar

800 ml air

100 gram gula pasir

pewarna merah, kuning dan hijau

100 gram nata de coco

sirap coco pandan

selasih secukupnya, rendam

Ais secukupnya

Cara membuat:

1. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.

2. Bagi menjadi 3 bahagian, kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.

3. Setelah dingin, potong agar-agar kecil-kecil.

Cara menyediakan:

1. Masukkan agar-agar berselang-seling dengan nata de coco.

2. Tuangkan sirap pandan dan biji selasih.

3. Letakkan ais untuk menikmati minuman ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asal Usul Asam Pedas

Resipi Strawberry Smoothie Untuk Langsingkan Badan!