in

Cara Membuat Beef Nachos Untuk Snek Sambil Santai

Selalunya lepas balik kerja, nak santai-santai sambil tonton drama, kita perlukan snek yang mudah dibuat. Beef nachos ini mudah dibuat, dan enak. Cubalah resipi ini!

 

Bahan-bahannya :-

1. Daging cincang
2. Sos spagetti
3. Buah tomato
4. Cili benggala
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (jika mahukan lebih pedas)
8. Keju parmesan
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chacho’s

Cara-cara membuat intinya:-

1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus. Jangan sampai perang sebab nanti akan rasa kepahitan.

2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.

3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit sos spagetti sambil kacau.

4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.

5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.

Cara hidangan :-

1. Susunkan keropok Chaco’s dalam bekas.

2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika.

3. Taburkan keju parmesan.

4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan keju.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bagaimana Nak Panggang Ayam Macam Kenny Rogers?

Island Steamboat dan BBQ, dua rasa yang enak di Subang