in

Island Steamboat dan BBQ, dua rasa yang enak di Subang

Terletak di Kampung Melayu Subang, Island Steamboat and BBQ menawarkan kedua-dua rasa steamboat dan barbekeu yang enak terutamanya bersama keluarga atau sahabat handai.

Tempat ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang, menjadikan tempat ini sungguh strategik kepada mereka yang baru tiba di Kuala Lumpur.

Restoran ini mengamalkan konsep terbuka iaitu bayar mengikut kepala. Pelanggan boleh menikmati semua hidangan yang disediakan dengan sekali bayar sahaja.

Pasti anda akan puas hati kerana dapat mencuba semua hidangan yang disediakan. Tempat ini sesuai dijadikan tempat berkumpul sebagai satu keluarga.

Ruang makan yang disediakan luas dan sangat selesa untuk makan. Suasana di sini seperti suasana kampung yang dapat menaikan lagi selera untuk menikmati hidangan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Membuat Beef Nachos Untuk Snek Sambil Santai

Resipi Kuih Kaswi