in

Resipi Kuih Kaswi

Kuih kaswi merupakan kuih tradisional yang digemari pelbagai kaum di negara ini. Sering dijual di gerai-gerai di waktu pagi, kuih ini begitu mudah dan ringkas dibuat.

 

2 1/2 tepung gandum,
1 cawan gula merah (1 cawan air),
1/2 cawan gula putih,
1 sudu makan air kapur,
1/2 sudu teh garam,
5 cawan air.

Bahan Salut :

Kelapa parut,
Secubit garam halus.

Cara-cara :

1. Mula-mula masak gula merah hingga cair dan tuang kedalam tepung sambil kacau (gula kena tapis dan mesti panas).
2. Lalu masukkan air dan kacau sebati (sampai hilang ketul-ketul).
3. Kemudian masukkan garam dan air kapur dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan. kukus selama 15-20 minit.
5, Taburkan kelapa parut yang digaulkan bersama secubit garam halus sebelum dihidangkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Island Steamboat dan BBQ, dua rasa yang enak di Subang

Jus Lemon Soda