in

Asal Usul French Fries

Menikmati jejari kentang (French Fries) bersama kawan-kawan atau keluarga di restoran makanan segera kini merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat pasca moden. Dengan cara membuatnya yang ringkas serta makanan yang ringan (walaupun mengandungi kadar sodium yang tinggi), French Fries merupakan makanan yang digemari orang ramai.

Walaupun nama makanan ini French Fries (atau dalam Bahasa Melayu bermaksud gorengan Perancis), tetapi makanan ini berasal dari Belgium.

Kentang – berasal dari benua Amerika, dan dibawa oleh Sepanyol dan Portugis ke Dunia Lama semasa mereka menjajah Dunia Baru (benua Amerika). Penanaman kentang kemudiannya menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Belgium dan Belanda pada abad ke-14 kerana ketika itu dua negara tersebut menjadi jajahan Sepanyol.

Apabila Belanda merdeka, Belgium masih kekal dengan Sepanyol kerana ramai yang beragama Katolik. Penanaman kentang menjadi meluas di Belgium kerana kentang mudah ditanam dan cepat untuk dituai. Dan dari sinilah, Belgium mencipta jejari kentang ini.

Pada tahun 1680 di Lembah Meusse, di sungai yang terpenting di Belgium, berasalnya makanan ini. Makanan ini kemudiannya berhijrah ke Perancis, terutamanya imigran Belgium yang bekerja di Paris. Semasa Revolusi Perancis pada tahun 1789, kentang merupakan penyelamat kepada ramai orang yang kebuluran kerana kekurangan makanan, kerana kekurangan gandum dan daging.

Semasa melawat Perancis, Presiden Amerika, Thomas Jefferson menikmati jejari kentang ini, dan apabila beliau menjadi Presiden, beliau mengarahkan tukang masaknya untuk memasak kentang “gaya Perancis” (French cut fries). Dan dari sinilah perkataan French fries bermula.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jus Lemon Soda